hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menyelamatkan pekerja warga Indonesia yang berada dalam keadaan lemah di dalam sebuah kren setinggi kira-kira 20 meter di Taman Tunku, di sini hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGO KL) memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai bantuan menurunkan mangsa pada 9 pagi.
Komander Operasi, PBK I Mohd Faizol Mat Jusoh berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi terdapat seorang mangsa lelaki warga Indonesia berusia 63 tahun berada di dalam sebuah kren.
“Mangsa dilaporkan berada pada ketinggian kira-kira 20 meter dalam keadaan yang lemah.
“Pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi menyelamat dengan bantuan Unit High Rise Rescue Team (HRRT) bagi membawa mangsa turun,” katanya.
“Mangsa akhirnya berjaya dibawa turun dengan selamat sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan dan rawatan lanjut.
“Operasi dilaporkan tamat sepenuhnya selepas mangsa berjaya diselamatkan,”katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




