Bekas suami kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Ahmad Aslam menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran terbaru.
Menerusi hantaran dimuat naik di Insta Story itu, Aslam berkongsikan foto sejambak bunga bersama kata-kata penuh makna.
BACA: Marissa, Aslam Bercerai, Abby Abadi Syukur

“Terlerainya sangkar, namun tidak pernah tahu mengapa burung memilih terbang.
“Cukuplah mengisi bekal untuk hari esok, bukan mencari cela di halaman orang,” tulisnya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan maksud disebalik hantaran berkenaan dan ianya ditujukan kepada siapa.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser, mengesahkan pasangan berkenaan bukan lagi suami isteri selepas mahkamah membuat keputusan berhubung status perkahwinan mereka.
Untuk rekod, Marissa dan Aslam berkahwin di Songhkla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.




