COPENHAGEN – Denmark mahu menghidupkan semula larangan kontroversi untuk mengharamkan laungan azan, menurut laporan The Daily Mail.
Rancangan berbaur sentimen anti-Muslim itu diumumkan Menteri Imigresen, Morten Bodskov yang mendakwa sebahagian kawasan di Copenhagen kini dirasakan seperti ‘pinggir Islamabad’.
Pemimpin haluan kiri tersebut dengan lantang mengutuk komuniti Islam yang semakin berkembang dengan pesat di negara itu.
Difahamkan, masyarakat Muslim menyumbang kira-kira lima peratus daripada populasi, sekali gus menjadikannya komuniti minoriti terbesar di negara Scandinavia tersebut
Kenyataan tersebut dibuat ketika Denmark terus melaksanakan dasar imigresen paling ketat di Eropah di bawah Perdana Menteri, Mette Frederiksen.
Pada awal tahun lalu, Copenhagen meluluskan undang-undang yang melarang pemakaian niqab dan burqa di tempat awam selain mengarahkan institusi pendidikan menutup ruang solat.
Ia bukanlah cadangan baharu kerana idea serupa pernah dikemukakan pada 2020 dan 2025, namun tidak dibawa ke peringkat Parlimen.
Beberapa kawasan di negara itu sudah pun mengehadkan laungan azan secara terbuka.
Di ibu kota, peraturan bunyi yang ketat menghalang masjid daripada menggunakan pembesar suara untuk laungan azan.
Sekatan itu menyebabkan Masjid Besar Copenhagen tidak melakukan laungan azan di luar bangunan. – Agensi



