Beri keutamaan perolehan peralatan berteknologi terkini ATM – Sultan Ibrahim

Beri keutamaan perolehan peralatan berteknologi terkini ATM – Sultan Ibrahim

farahmarshita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyeru kerajaan memberi keutamaan dalam perolehan peralatan berteknologi terkini dan menyokong struktur baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah, doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi.

“Transformasi strategik terhadap ATM perlu dilakukan sejajar dengan konsep ‘Angkatan Masa Hadapan’.

“Persekitaran keselamatan global dan serantau sedang mengalami perubahan pesat, kompleks serta tidak menentu.

“Angkatan masa hadapan yang bakal dibentuk hendaklah merupakan sebuah angkatan yang bersepadu, dan berupaya untuk menghadapi ‘Fifth Generation Warfare’,” titah baginda ketika berangkat menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman.

Seramai 566 pegawai kadet berjaya menamatkan latihan dan menerima watikah tauliah pada tahun ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top