Didi Astillah Bergelar Isteri, Bella Pesan Jadi Isteri Yang Sentiasa Bersabar

Didi Astillah Bergelar Isteri, Bella Pesan Jadi Isteri Yang Sentiasa Bersabar

Jumaat lalu, penyanyi Didi Astillah sah bergelar isteri kepada Diniey Ng dalam satu majlis serba indah yang diadakan di Cyberjaya.

Dalam satu temu bual, kakak kepada penyanyi itu iaitu Bella Astillah seolah tidak percaya adiknya kini sudah bergelar isteri serta mendoakan kebahagiaan Didi.

BACA: Didi Astillah Sah Bergelar Isteri Diniey Ng

“Kak Long sentiasa mendoakan kebahagiaan adik. Kita dari kecil sama-sama, tak sangka adik dah jadi isteri orang.  Semoga adik bahagia bukan sampai ke hari tua tapi sampai ke jannah, insya-ALLAH,” katanya.

Sementara itu, Bella turut menitipkan pesanan buat Didi mengenai alam rumah tangga serta menjadi isteri yang sentiasa bersabar.

“Ia tidak mudah, tapi percayalah kita mencari pasangan bukan sebab nak jadi sempurna tapi ada pasangan yang boleh membimbing dan hidup ke hari tua.

“Jadilah isteri yang sentiasa bersabar, jangan marah-marah adik, selalu sayang suami, bersama-sama dalam susah senang sakit. Jadilah isteri yang baik,” katanya.

Sumber: Instagram Media Hiburan

Gambar: Hijabistahub


Scroll to Top