PRN Johor: PN kemukakan tawaran menarik dalam manifesto, janji kejutan

PRN Johor: PN kemukakan tawaran menarik dalam manifesto, janji kejutan

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) mengemukakan beberapa tawaran menarik kepada rakyat Johor menerusi manifesto yang akan dilancarkan oleh gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat mendedahkan jumlah tawaran yang akan dikemukakan kepada pengundi kerana perkara itu berada di bawah Jabatan Pilihan Raya parti.

“Kita ada manifesto dan ia akan keluarkan dalam tempoh terdekat. Ada kejutan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu di sini malam tadi.

Perasmian mesyuarat itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jerantut Khiril Nizam Khirudin.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung Pas memberitahu, parti itu sudah membuat persediaan awal menghadapi PRN Negeri Sembilan selepas ini.

Katanya, Pas mempunyai lebih banyak kerusi berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Negeri Sembilan, sekali gus membolehkan persiapan dilakukan dengan lebih rapi.

“Di Negeri Sembilan kita ada lebih banyak kerusi daripada parti komponen lain iaitu Bersatu.  Kita ada tiga kerusi, mereka ada dua, jadi persiapan kita lebih rapi,” ujarnya.-UTUSAN

Scroll to Top