Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terus menyaksikan perkembangan menarik apabila PAS mengarahkan semua ahli dan penyokongnya supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).
Sokong calon UMNO-BN
Memetik laporan daripada Sinar Harian, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan arahan itu dikeluarkan bagi memastikan sokongan diberikan kepada calon UMNO-BN di kawasan yang tidak mempunyai wakil daripada PN.
“PAS mengarahkan ahli dan penyokong mengundi calon Umno atau BN di DUN tidak ditandingi PN.
“Saya yakin ahli PAS memahami betapa perlunya penyatuan ummah diteruskan dan PN ialah wadah ke arah penyatuan tersebut,” katanya.

Pada PRN Johor kali ini, PAS bertanding di 11 kerusi DUN, berkurangan berbanding 15 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya sebelum ini.
Sementara itu, komponen lain dalam PN menyaksikan Bersatu bertanding di 16 kerusi, MIPP di lima kerusi dan Pejuang di satu kerusi.

Arahan disampaikan kepada jentera & ahli di peringkat akar umbi
Dalam masa sama, BN memilih untuk bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) yang merupakan rakan BN dalam Kerajaan Perpaduan turut meletakkan calon di semua 56 kerusi.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim memaklumkan arahan tersebut telah disampaikan kepada jentera dan ahli di peringkat akar umbi bagi memastikan mereka memahami pendirian parti sepanjang kempen PRN berlangsung.
“Inilah yang ditegaskan. Jangan undi PH,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Nurul Huda Husain)




