CARACAS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berdepan detik ajaib apabila berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama 72 jam di bawah runtuhan bangunan selepas gempa berkembar menggegar Venezuela pada Rabu lalu.
Pengumuman itu dibuat Presiden interim, Delcy Rodriguez menerusi catatan di platform X selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki fasa genting dengan harapan untuk menemukan lebih ramai mangsa yang masih hidup semakin tipis.
Usaha yang masih dipergiatkan itu turut disertai beberapa pasukan penyelamat asing setelah angka korban bencana tersebut meningkat lebih 1,400 orang.
Puluhan ribu dilaporkan masih hilang di kawasan paling terjejas gempa kuat tersebut manakala jutaan dikhuatiri tidak mempunyai akses kepada kemudahan sanitasi dan keperluan asas lain meskipun negara antarabangsa sudah mula menghantar bantuan. – Agensi



