Davies bermula di bangku simpanan

Davies bermula di bangku simpanan

Inglewood: Kapten Kanada, Alphonso Davies sekali lagi tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika pasukannya menentang Afrika Selatan dalam aksi pusingan 32 terakhir Piala Dunia 2026, hari ini, ketika dia masih bergelut dengan kecederaan hamstring.

Tuan rumah bersama, Kanada melakukan empat pertukaran dengan Moise Bombito menggantikan Luc De Fougerolles di posisi pertahanan tengah, manakala Stephen Eustaquio yang kembali cergas daripada kecederaan menggantikan Mathieu Choiniere di bahagian tengah.

Liam Millar turut dimasukkan menggantikan Ali Ahmed dalam satu lagi pertukaran di bahagian tengah, manakala Cyle Larin digantikan Tani Oluwaseyi.

Afrika Selatan pula menurunkan semula pemain tengah utama, Teboho Mokoena selepas digantung pada perlawanan terakhir menentang Korea Selatan di Monterrey.

Ia menjadi satu-satunya perubahan dalam pasukan itu dengan dia menggantikan pemain tengah bertahan Thalente Mbatha.

Perancang tengah veteran Afrika Selatan, Themba Zwane sedang menjalani penggantungan perlawanan terakhir selepas meraih kad merah pada aksi pembukaan menentang tuan rumah bersama, Mexico.

Senarai kesebelasan utama:

Afrika Selatan: Ronwen Williams, Khuliso Mudau, Mbekezeli Mbokazi, Ime Okon, Aubrey Modiba, Sphephelo Sithole, Teboho Mokoena, Oswin Appollis, Relebohile Mofokeng, Thapelo Maseko, Evidence Makgopa

Kanada: Maxime Crepeau, Alistair Johnston, Moise Bombito, Derek Cornelius, Richie Laryea, Stephen Eustaquio, Nathan Saliba, Liam Millar, Tajon Buchanan, Jonathan David, Tani Oluwaseyi

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top