3 kali bersalin & 3 kali berpantang, wanita kuat ‘hilang’ semua anak dalam dakapan

3 kali bersalin & 3 kali berpantang, wanita kuat ‘hilang’ semua anak dalam dakapan

Ujian dan dugaan sememangnya liku-liku dalam kehidupan yang harus ditempuh dengan sabar dan tenang.

Walaupun ia kadang kala amat memeritkan namun, sebagai hamba-Nya, kita kena redha diatas segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shaqudsi apabila diuji dengan kehilangan bayinya setiap kali hamil.

Dalam perkongsian tersebut, dia memuat naik pengalaman kehilangan ketiga-tiga anaknya sejurus selepas melahirkan dan melihat sendiri anaknya meninggal dunia didalam dakapan.

@shaqudsi

Video semalam dh kena removed . Kisah 3 anak syurga kami ❤️ Doakan kami tidak putus asa #cervicalincompetence #awareness

♬ original sound – _azuan.daud – _azuan.daud

Menurut wanita itu, dia menghidap penyakit cervical incompetence atau lebih senang difaham sebagai rahim lemah yang boleh menyebabkan bayi lahir dalam keadaan pramatang.

Dia juga menceritakan pengalamannya yang menjalani proses kehamilan dan kelahiran seperti biasa namun ketiga-tiga bayinya yang terdiri dari dua orang perempuan dan seorang lelaki belum sempat menjamah air susu.

“3 kali mengandung, 3 kali buku merah. 3 kali masuk labour room, 3 kali suami tunggu di luar dengan tabah. 3 kali balik rumah berdua tanpa baby. 3 kali suami uruskan baby sambil Sha kena tahan dalam wad,” tulisnnya.

Selain itu, dia juga memaklumkan sudah tiga kali bersalin namun bayi tidak dapat pulang bersama kerana sudah meninggal dunia.

Jadi, @shaqudsi perlu menjalani proses berpantang sebanyak tiga kali tanpa ada bayi disebelahnya.

“3 kali berpantang tanpa baby, 3 kali tak dapat susukan anak sendiri. 3 kali melihat nafasnya pergi dalam dakapan. 3 kali kenal erti rindu yang berpanjangan,”  jelasnya.

Sehubungan dengan itu, dia sempat memberi pesanan kepada semua ibu dan bapa diluar sana yang mempunyai zuriat supaya menghargai anak masing-masing kerana dia yang belum diberi rezeki mendakap anak sendiri amat merindui momen tersebut.

“Korang ada anak? Peluklah selalu sebab Sha dah rindu sangat nak peluk anak-anak Sha. Sayangilah anak-anak kita,” pesannya.

Justeru itu, menerusi perkongsian yang begitu menyentuh hati tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa simpati diatas dugaan yang diterima oleh pasangan hebat ini.

Mereka juga sempat mendoakan agar pengguna TikTok itu segera dikurniakan zuriat dan turut memberi kata-kata semangat dengan memaklumkan yang ketiga-tiga anak pasangan berkenaan sedang menanti ibu bapa mereka di syurga suatu hari nanti.

Sumber: TikTok @shaqudsi

Scroll to Top