Oh! Tidak
Bekas isteri tuntut permohonan maaf, dakwa rider buat cerita sedih konon dihalang jumpa anak.
Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki meluahkan rasa sebak mendakwa sudah tujuh bulan tidak dapat bertemu anak-anaknya.
Dalam perkongsian itu, lelaki berkenaan turut mendakwa bekas isterinya meminta dia menyelesaikan hutang nafkah berjumlah RM4,000 terlebih dahulu, namun dia mengakui tidak mampu kerana berdepan masalah kesihatan.
Bekas isteri tampil beri penjelasan
@qasehadam6 Asalmualaikum buat y komen2 ni nantikan tindakan undang2 dr phak polis..viral bnda yg xpasti ..y komen2 ni dok 1 rumah dengan idham ni ke..takkan orang xblh pikir nk qr dia pn…3 tahun cerita yang sma..dia ni scam orang je…orang kna tau jgk sbb pe bkas isteri xbagi ank..kalau dh sesen nafkah xbg..sakit sihat anak xamek tau..persekolahan ank xamek tahu..ada ke ibu y sangup pisahkn anak dengan bapa..kalau bapa tu tau tngjwab ..ni nk bg 50 smngu pn xpenah ..y orang tau dia up j vtt..viral.. ha tgu..kt men undang2 ..ckap mulut xguna..kesian orang y kna scam duit tu..orng ssh pyah cari duit nak mati..dia buat drama air mata je dpt duit..law kata aq ni tipu g stalker sume acc vtt dia ..sume nangs minx simpati..tp time ad duit enjoy ngn betina lain…@🔥idham Jdt🔥 @🇲🇾🦅 SAIDIN 89 (SBM)🦅🇵🇸 @wawan @🇲🇾MR.𝕊𝕌ℍ𝕆𝔻_𝕊𝔹𝕄🇵🇸 @Nurashikin Gani @By Me Nurain @Idham jdt㊙️ @FUAD CASTER⚡️ @꧁💕💙Mamahana💙💕꧂ @**@LADY BOSS👑** @♥ KING FLY ♥ @angah setia hujung nyawa viral @💫 Dzul 💫 @T H O R – Goks5🐻🐦🔥🫡 @🇲🇾DJHAN86 | SK HOST🇲🇾 @🤜🤝🤛ShAhNoN🤜🤝🤛 n buat MOHAMMAD KHAIRUL IDHAM….!!!!!aq nak ko buat permohonan maaf…kalau x ko memang takkan jumpa anak lg dh..kita jumpa dekat mahkmah!
Selepas video tersebut meraih perhatian ramai, seorang wanita dipercayai bekas isteri kepada lelaki berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar dari pihaknya.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan, wanita itu menegaskan orang ramai tidak seharusnya terus menghukum atau membuat kesimpulan berdasarkan cerita yang belum pasti.
3 tahun cerita yang sama. Dia ni scam orang je. Orang kena tau juga sebab apa bekas isteri tak bagi anak. Kalau dah sesen nafkah tak bagi. Sakit sihat anak tak ambil tahu. Persekolahan anak tak ambil tahu. Ada ke ibu yang sanggup pisahkan anak dengan bapa. Kalau bapa tu tau tangungjawab. Ni nak bagi RM 50 seminggu pun tak pernah. Yang orang tau dia up je video TikTok. Viral.
Berdasarkan penjelasan itu, wanita terbabit mendakwa isu yang berlaku bukan sekadar soal seorang bapa tidak dapat berjumpa anak, sebaliknya berkait tanggungjawab yang didakwa tidak dipenuhi.
Dakwa anak tidak diambil tahu
Dalam kenyataan sama, bekas isteri lelaki itu turut mendakwa bekas suaminya tidak mengambil tahu soal kesihatan dan persekolahan anak-anak.
Malah, dia mempersoalkan sama ada wujud ibu yang sanggup memisahkan anak dengan bapa sekiranya si bapa benar-benar menjalankan tanggungjawab.
Wanita itu turut mendakwa cerita sama sudah berulang sejak tiga tahun lalu dan meminta orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan luahan yang tular di media sosial.
Kesian orang yan kena scam duit tu. Orang susah payah cari duit nak mati. Dia buat drama air mata je dapat duit. Kalau kata aku ni tipu pergi stalk semua video TikTok dia. Semua nangis minta simpati tapi time ada duit enjoy dengan betina lain.
Dalam kenyataan tersebut, wanita itu juga menyatakan pihaknya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang meninggalkan komen melampau.
Pssttt! Dalam isu melibatkan rumah tangga, nafkah dan anak-anak, orang luar memang sukar menilai hanya melalui satu video tular. Sebaiknya, perkara seperti ini diselesaikan melalui saluran yang betul kerana yang paling penting adalah kebajikan anak-anak tidak terabai.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




