Empat Pelajar MRSM Disingkir Dalam Kes Buli Di Johor

Empat Pelajar MRSM Disingkir Dalam Kes Buli Di Johor

Oh! Tidak

Kes buli MRSM di Johor menyaksikan empat pelajar disingkir serta-merta manakala dua lagi digantung persekolahan.


Isu buli di sekolah memang bukan benda kecil, apatah lagi bila melibatkan pelajar yang sepatutnya berada dalam persekitaran selamat untuk belajar dan membesar.

Sebelum ni pun, Ohmedia ada kongsikan tentang penggantungan enam pelajar MRSM di Johor menjadi perhatian selepas mereka didakwa membuli pelajar lain.

Terkini, empat pelajar Tingkatan Lima disingkirkan serta-merta susulan kes buli, manakala dua lagi pelajar digantung sementara menunggu siasatan lanjut.

Tindakan tegas MARA

Mrsm Saman Pelajar

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab bersidang bagi meneliti kes berkenaan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu selari dengan prinsip tegas MARA iaitu You Touch You Go.

Menurut beliau, keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah, namun perlu dibuat demi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar lain terus terjaga.

Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi setelah JDM MRSM bersidang dan memutuskan untuk singkir mereka kerana kes buli.- Katanya.

Dua pelajar digantung sementara

Kredit Foto Dr Ashraf Wajdi

Dalam kes sama, dua lagi pelajar pula digantung sementara bagi menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa.

Difahamkan, pihak polis sedang menyiasat sama ada mereka turut terlibat secara langsung dalam sentuhan fizikal terhadap mangsa.

Enam pelajar yang disyaki terlibat juga dilaporkan direman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Bakri bagi membantu siasatan selepas keluarga mangsa membuat laporan polis.

Bermula daripada luahan ibu bapa

Kredit Foto Ibu mangsa

Kes ini mula mendapat perhatian selepas luahan seorang ibu bapa di Threads tular di media sosial.

Menerusi perkongsian itu, anak mereka yang menjadi mangsa buli dikatakan sudah tidak mampu menanggung trauma sehingga meminta untuk bertukar keluar dari MRSM berkenaan.

Susulan perkara itu, arahan segera dikeluarkan supaya mesyuarat diadakan dalam tempoh 24 jam bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan pantas dan telus.

Pssttt! Kes buli MRSM ini patut jadi peringatan besar untuk semua pelajar. Bergurau ada batasnya, marah pun ada hadnya. Sekali tersilap langkah, masa depan sendiri boleh musnah dan keluarga pula yang menanggung sedih. Jangan sesekali normalisasikan buli, sebab sekolah sepatutnya jadi tempat mencari ilmu, bukan tempat orang rasa takut.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top