“Rakyat Pulau Pinang Tidak Terus Dianaktirikan” – Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Pulangkan Peruntukan RM2.8 Bilion

“Rakyat Pulau Pinang Tidak Terus Dianaktirikan” – Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Pulangkan Peruntukan RM2.8 Bilion

Oh! Negara

Lim Guan Eng gesa kerajaan berlaku adil kepada Pulau Pinang.


Menerusi satu hantaran terbaru di Facebook, Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membangkitkan dakwaan bahawa Pulau Pinang menerima peruntukan lebih rendah berbanding sumbangan kewangan negeri itu kepada Kerajaan Persekutuan.

Jadi, beliau menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangka formula keadilan untuk semua, selain memulangkan kekurangan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pulau Pinang berjumlah RM2.8 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Tak mahu Pulau Pinang terus dianaktirikan

Beliau berkata, langkah berkenaan penting supaya rakyat Pulau Pinang tidak terus berasa dianaktirikan dalam isu pengagihan peruntukan.

Dalam hantaran itu, beliau turut merujuk kepada kenyataan Anwar di Parlimen yang menyenaraikan purata sumbangan beberapa negeri di Semenanjung kepada Kerajaan Persekutuan serta jumlah peruntukan yang disalurkan semula bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Selangor menyumbang RM43.6 bilion, menerima RM15 bilion

Johor menyumbang RM14 bilion, menerima RM16 bilion

Pulau Pinang menyumbang RM10.7 bilion, menerima RM7.9 bilion

Kedah menyumbang RM3.7 bilion, menerima RM9.5 bilion

Lim mendakwa Selangor dan Pulau Pinang menerima peruntukan lebih rendah daripada jumlah sumbangan kewangan mereka kepada Kerajaan Persekutuan.

lim guan eng

Beliau turut membandingkan situasi Pulau Pinang dengan Kedah yang menerima peruntukan lebih tinggi, meskipun jumlah sumbangan negeri itu lebih rendah.

Dalam masa sama, Lim berkata Pulau Pinang mempunyai kira-kira 1.8 juta rakyat yang telah memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan.

Justeru, beliau berpendapat Anwar perlu segera memulangkan kekurangan peruntukan sebanyak RM2.8 bilion bagi tempoh tiga tahun dari 2023 hingga 2025.

Menurutnya, kegagalan berbuat demikian hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Pulau Pinang.

Pssttt! Isu agihan peruntukan antara negeri memang sensitif kerana ia melibatkan kepentingan rakyat secara langsung. Apa pun perbezaan politik atau kedudukan negeri, paling penting setiap keputusan perlu dilihat adil, telus dan memberi manfaat kepada rakyat yang bergantung kepada pembangunan serta perkhidmatan kerajaan.

Kredit: Facebook Lim Guan Eng
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top