Ammar Ahyan Nafi Tuduhan Kaki Club Dan Minum Alkohol

Ammar Ahyan Nafi Tuduhan Kaki Club Dan Minum Alkohol

Oh! Artis

Ammar Ahyan menafikan tuduhan kaki club dan minum alkohol yang tersebar mengenai dirinya.


Nama Ammar Ahyan tiba-tiba menjadi perhatian selepas dia berkongsi cerita kurang enak yang pernah dilemparkan terhadap dirinya.

Anak kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu mendedahkan, ada pihak mendakwa dirinya gemar ke kelab malam dan mengambil minuman beralkohol sehingga perkara itu memberi kesan kepada pergaulannya.

Tuduhan buat Ammar Ahyan terkejut

Ohmedia ammar Ahyan

Menerusi podcast Aidid It My Way, Ammar mengakui tuduhan itu benar-benar mengejutkannya kerana ia bukan perkara kecil.

Lebih menyedihkan, ada ibu bapa rakannya yang dikatakan tidak membenarkan anak mereka keluar bersamanya selepas mendengar dakwaan tersebut.

Ada orang tuduh saya, saya ni pergi kelab malam, kaki minum. Saya keluar malam pun jarang, minum pun tidak. Mana keluarnya cerita ini?- Katanya.

Ammar Ahyan akui jarang keluar malam

Ammar Ahyan

Menurut Ammar, dia sendiri tidak pasti bagaimana cerita tersebut boleh timbul sedangkan dia jarang keluar malam.

Dia turut menegaskan dirinya tidak mengambil minuman beralkohol seperti yang didakwa.

Dalam masa sama, adiknya, Qadejah El Zahrah turut mempertahankan Ammar dengan menjelaskan kebiasaannya mereka hanya keluar untuk minum di mamak atau beli air secara drive-thru.

Perkongsian Ammar itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan situasi tersebut.

Ramai berpendapat seseorang tidak wajar dinilai hanya berdasarkan khabar angin, lebih-lebih lagi apabila dakwaan itu boleh menjejaskan reputasi dan hubungan dengan orang sekeliling.

Pssttt! Dalam dunia sekarang, cerita orang memang laju tersebar, tapi tak semua yang kita dengar itu benar. Jadi sebelum menghukum seseorang, lebih baik semak dulu supaya tak jadi punca reputasi orang lain rosak begitu saja.

Kredit: Podcast aididitmyway
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top