Malaysia teruskan dasar luar bebas, berkecuali – Anwar

Malaysia teruskan dasar luar bebas, berkecuali – Anwar

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus mengamalkan dasar luar yang bebas, proaktif dan tidak berpihak selain tidak akan teragak-agak mempertahankan kepentingan negara dan pendirian berprinsip dalam isu-isu antarabangsa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pendekatan itu dibuat secara berprinsip bagi mencerminkan identiti Malaysia, pengalaman sejarah negara serta keperluan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran global yang semakin tidak menentu.

Perdana Menteri berkata Malaysia akan terus mengambil pendirian, memupuk hubungan dan menyokong pelbagai inisiatif yang memajukan nilai, kepercayaan dan kepentingan negara.

“Apa kita usahakan selama ini dalam melaksanakan dasar luar Malaysia boleh dirumuskan seperti berikut – satu pendekatan berprinsip, namun tidak terikat dengan mana-mana pihak, bercita-cita tinggi dan berani tanpa bersikap melulu serta tegas mempertahankan kebebasan dalam membuat keputusan tanpa mengetepikan semangat muhibah dan kerjasama,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-39, di sini, pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

 

Scroll to Top