KUALA LUMPUR – Evotooth Platinum Sdn Bhd menerima pengiktirafan antarabangsa atas kejayaan membangunkan tiga inovasi penting dalam bidang penjagaan kesihatan mulut, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai antara penyumbang kepada kemajuan saintifik dan pergigian di peringkat dunia.
Pengiktirafan tersebut diterima menerusi tiga kategori iaitu Buih Memberus Gigi Tanpa Fluorida Pertama di Dunia yang Direka Khas untuk Gigi Sensitif, Salutan Berasaskan Protein Pelindung Enamel Gigi Dipatenkan Pertama di Dunia serta Tahap Kelicikan Permukaan Gigi Tertinggi Selepas Memberus.
Pengasas Evotooth Platinum Sdn Bhd, Dr Martin Ong berkata, beliau berbesar hati menerima pengiktirafan berkenaan yang disifatkan sebagai bukti komitmen syarikat dalam memajukan bidang penjagaan kesihatan mulut menerusi inovasi, penyelidikan dan penyelesaian berasaskan sains.
Menurut beliau, usaha berterusan itu bukan sahaja bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan pengguna, malah membantu mempromosikan kesihatan mulut yang lebih baik kepada masyarakat di seluruh dunia.
“Pengiktirafan ini menjadi bukti kepada kesungguhan tidak berbelah bahagi Evotooth dalam memacu inovasi, kecemerlangan saintifik dan kemajuan teknologi penjagaan kesihatan mulut.
“Melalui pelaburan berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), syarikat berjaya menghasilkan penyelesaian berimpak tinggi yang mampu memberi manfaat bermakna kepada pengguna di seluruh dunia.
“Pencapaian perintis ini merupakan satu kejayaan besar dalam bidang penjagaan kesihatan mulut pencegahan menerusi pengenalan penyelesaian inovatif yang direka bagi meningkatkan perlindungan gigi, memperkukuh keberkesanan kebersihan mulut serta menyediakan alternatif yang lebih selamat untuk individu yang mengalami masalah gigi sensitif,” katanya.
Di bawah kepimpinan Dr Martin Ong, Evotooth Platinum Sdn Bhd telah memperuntukkan masa bertahun-tahun dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi mentakrifkan semula pendekatan penjagaan mulut konvensional.
Melalui pendekatan berasaskan sains, syarikat itu berjaya membangunkan teknologi proprietari yang memberi tumpuan kepada usaha menguatkan dan melindungi enamel gigi, selain meningkatkan pengalaman memberus gigi secara keseluruhan.

Bagi mengukuhkan lagi keberkesanan inovasi yang dihasilkan, Evotooth turut mencatatkan rekod tahap kelicikan permukaan gigi tertinggi selepas memberus, sekali gus membuktikan kejayaan syarikat.
Antara inovasi utama yang dibangunkan ialah buih memberus gigi tanpa fluorida pertama di dunia yang direka khas untuk individu yang mempunyai gigi sensitif, sekali gus menawarkan alternatif penjagaan mulut yang berkesan tanpa menjejaskan tahap perlindungan.
Selain itu, syarikat berkenaan turut membangunkan teknologi salutan berasaskan protein pelindung yang dipatenkan, berfungsi membentuk lapisan perlindungan tambahan pada enamel gigi bagi membantu mengekalkan kesihatan mulut untuk jangka panjang.
Bagi mengukuhkan lagi keberkesanan inovasi yang dihasilkan, Evotooth turut mencatatkan rekod tahap kelicikan permukaan gigi tertinggi selepas memberus, sekali gus membuktikan kejayaan syarikat menggabungkan penyelidikan saintifik dengan manfaat yang dapat dirasai secara langsung oleh pengguna.
Sementara itu, Ketua Adjudikator (Chief Adjudicator), Datuk KK Chua mengucapkan tahniah kepada Dr Martin Ong dan Evotooth Platinum Sdn Bhd atas pencapaian tersebut.
Beliau berharap pengiktirafan itu akan menjadi pemangkin kepada syarikat berkenaan untuk terus menyumbang kepada perkembangan inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan mulut pada masa hadapan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Evotooth boleh melayari laman sesawang rasmi syarikat di www.evotooth.com.



