Ribuan hadiri solat jenazah Ali Khamenei

Ribuan hadiri solat jenazah Ali Khamenei

TEHERAN – Solat jenazah untuk bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei dilaksanakan pada Ahad, memasuki hari kedua upacara penghormatan besar-besaran yang menarik kehadiran puluhan ribu rakyat di ibu negara Teheran.

Solat jenazah di Kompleks Grand Mosalla itu dipimpin oleh tokoh ulama Syiah terkemuka, Ja’far Sobhani, seorang sarjana berusia 97 tahun yang berpengaruh di kota suci Qom.

Anak kepada Khamenei, Mojtaba Khamenei yang juga dilaporkan mengalami kecederaan dalam serangan sama, tidak kelihatan menghadiri solat jenazah tersebut.

Namun, tiga lagi anak Allahyarham iaitu Masoud, Mostafa dan Meysam hadir memberikan penghormatan terakhir.

Khamenei yang memerintah Iran sejak 1989 dilaporkan terbunuh pada usia 86 tahun dalam serangan udara ketika konflik antara Iran, Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari lalu. -AFP

 

 

Scroll to Top