MUAR – Jiwa dibina di jalanan dan lapangan komuniti sebagai penggerak tegar Badan Bukan Kerajaan (NGO) Happy Bank, tidak menyukarkan calon parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Nurainie Haziqah Shafii, 36 menyantuni masyarakat dikawasan itu.
Penyandang jawatan Setiausaha Agung MUDA ini juga tidak kekok untuk memperjuangkan nasib rakyat, berikutan mempunyai profesion sebagai peguam bela dan peguam cara.
Katanya fokus advokasi undang-undangnya amat konsisten dalam mempertahankan hak wanita dan kanak-kanak, mangsa keganasan rumah tangga, keselamatan sosial, serta isu kewarganegaraan dan komuniti tanpa negara.
“Melalui Happy Bank, saya bertahun-tahun turun ke rumah transit dan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk menguruskan bank makanan, pendidikan percuma untuk anak-anak B40, serta bantuan kecemasan.
“Gabungan latar belakang undang-undang, pengalaman pengurusan dasar (sebagai bekas Ahli Majlis Petaling Jaya) dan aktivis lapangan Happy Bank inilah yang membentuk prinsip saya hari ini.
“Saya melangkah daripada seorang ahli strategi di belakang tabir, untuk berdiri sendiri sebagai calon yang membawa imej seorang pejuang yang berani,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri’
DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum – PM
Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan
‘Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor’
PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?
PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor – Amirudin
Menggariskan lima tekad dalam manifesto untuk Simpang jeram, wanita mesra disapa Ainie berkata ia sebuah pelan praktikal berteraskan keperluan tempatan, dirangka terus daripada sesi libat urus bersama penduduk sepanjang kempen.
Katanya tekad pertama ialah pemerkasaan wanita dan anak muda, termasuk menubuhkan Kelab Usahawan Wanita untuk rangkaian dan kelas perniagaan praktikal bulanan serta menyokong khidmat jagaan anak yang selamat dan mampu milik.

Ainie tidak kekok santuni masyarakat DUN Simpang Jeram.
“Bagi anak muda, saya akan membina jaringan 100 usahawan belia untuk mempamerkan bakat tempatan dan menghubungkan mereka dengan peluang baharu, serta mewujudkan rangkaian bagi menghubungkan semula anak jati Simpang Jeram di perantauan untuk bimbingan kerjaya.
ARTIKEL BERKAITAN:PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan – Aminuddin
Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu
“Bagi tekad kedua membabitkan infrastruktur dan ketahanan iklim proaktif khidmat sokongan banjir. Diikuti tekad ketiga yang menyentuh soal ekonomi dan kebajikan sara hidup.
“Tekad keempat pula menyediakan khidmat guaman komuniti, dengan membawa kepakaran saya terus kepada rakyat melalui konsultasi undang-undang percuma berkala, menyelesaikan isu birokrasi, hak individu, dan masalah harian penduduk.
“Dan tekad terakhir ialah bersuara Legislatif yang lantang dan telus dengan memperjuangkan tadbir urus berintegriti di Dewan Negeri Johor selaras dengan Kontrak Muda, termasuk menolak amalan ADUN lantikan,” katanya.
Menyentuh soal kerjayanya sebagai Peguam profesional, Ainie mengakui ia menawarkan keselesaan dan kestabilan dalam kewangan dan laluan hidup.
Namun katanya memilih jalan politik kerana menyedari limitasi ruang kerjanya.
“Berlainan dengan peguam, jika dipilih sebagai wakil rakyat di peringkat legislatif, saya mempunyai akses kepada peruntukan, agensi kerajaan, dan kuasa untuk menggubal dasar demi mencegah masalah itu daripada akar umbi, pada skala masyarakat yang lebih besar.
“Ini adalah peluasan amanah. Saya memegang erat disiplin perjuangan saya. Saya bukan datang untuk kerusi. Saya datang untuk rakyat.
“Kepuasan terbesar saya bukan lagi pada kedudukan material atau keselesaan pejabat guaman, tetapi pada impak perubahan sistemik yang mampu saya bawa untuk menaik taraf kualiti hidup harian warga Simpang Jeram,” katanya.
Ainie menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat meskipun jika ditakdirkan tidak menjadi wakil rakyat.
Beliau berkata, perjuangannya berasaskan nilai kemanusiaan dan keadilan, bukan semata-mata bergantung kepada jawatan politik.
“Niat asal saya berkhidmat berakar umbi pada nilai kemanusiaan dan keadilan, bukan dipacu oleh sehelai kertas undi. Jawatan politik hanyalah salah satu alat untuk mempermudahkan urusan rakyat, bukan penentu akhir perjuangan saya.
“Sebelum nama saya tertulis pada kertas undi, saya sudah lama berada di lapangan masyarakat bersama Happy Bank dan di mahkamah.
“Jika ditakdirkan saya tidak mendapat mandat rasmi di Simpang Jeram.
“Saya akan terus menyarung jersi Happy Bank untuk terus menggerakkan projek bank makanan, kelas bimbingan dan program pemerkasaan komuniti secara mandiri.
“Inisiatif khidmat guaman percuma bulanan yang telah saya mulakan di Simpang Jeram akan kekal berjalan, memastikan penduduk miskin dan tertindas di sini tetap mendapat pembelaan undang-undang yang sewajarnya,” ujarnya.



