'Mereka bubar DUN awal kerana rasa cukup kuat untuk berkuasa kembali'

'Mereka bubar DUN awal kerana rasa cukup kuat untuk berkuasa kembali'

am@hmetro.com.my

Tangkak: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan matlamat utama Barisan Nasional (BN) membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kerana mahu berkuasa kembali seperti dahulu.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, disebabkan tindakan diambil kepimpinan BN negeri, beliau bersama rakan dalam PH terpaksa memasuki pilihan raya kali ini.

“Pilihan raya tak perlu sekarang, tapi dipaksa juga (bertanding) kerana mereka rasa cukup kuat untuk berkuasa kembali.

“Johor ini tidak sabar, dia tengok takut terlepas nanti… sabar sekejap. Pilihan raya lambat lagi, buatlah kerja dulu.

“Cuba tanya untuk apa (pilihan raya)? Sebab itu rakyat kena faham tetapi dia tak beritahu hal ini. Yang dia beritahu kepada orang Melayu… kita kena selamatkan orang Melayu daripada Cina DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Jelajah Johor Ke Depan, Undi Harapan DUN Serom, di sini malam ini.

Anwar berkata, penyertaan PH dalam PRN ini juga memastikan kestabilan melalui kerjasama antara Johor dengan Persekutuan.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri masih longgar kerana dibelenggu pelbagai masalah yang gagal diselesaikan.

“Apa masalah lagi di negeri Johor? Masalah negeri, negerilah tolong. Buatlah kerjasama projek besar sudah kita buat… apa yang perlu buat di negeri (Johor)?

“Rumah ibadat, surau dan masjid, keberkesanan PBT (pihak berkuasa tempatan) adalah kuasa negeri, rumah rakyat rumah… kos rendah tanah negeri kenalah bagi. Kalau banding kepada Kuala Lumpur kenapa kita boleh buat (semua ini)?

“Ini rumah kos rendah bawah kerajaan negeri… robek, buruk tak cat. Selepas ini bagi peluang kepada PH, kita ubah semua ini.

“Kita nak tumpu martabat anak-anak Johor. Kita ada pengalaman lalu, kita cuba baiki negeri ini sebaik-baiknya, supaya tiada lagi penduduk miskin tidak terpinggir,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top