Oh! Artis
Abby Abadi dakwa anak saudara Norman Hakim kurang ajar selepas komen isu beg kuning dan oren.
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang didakwa merupakan anak saudara kepada bekas suaminya, Norman Hakim, selepas individu itu meninggalkan komen berhubung isu yang sedang diperkatakan.
BACA: “Takyah Beriya Sangat Nak Tunjuk Macam Bapa Mithali” – Abby Abadi
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Abby dilihat tidak dapat menahan marah apabila merasakan individu berkenaan cuba masuk campur dan memburukkan dirinya.
“Punya jahat mulut anak saudara Norman Hakim ni”
Semuanya bermula apabila individu menggunakan nama akaun nanasyahqilla_ meninggalkan komen mengenai isu beg kuning dan oren yang dikaitkan dengan Abby.

Komen itu kemudian dimuat naik semula oleh Abby di Instagram Story sebelum dia membalas dengan nada cukup tegas.
Dalam perkongsian sama, Abby turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dakwaan mulut jahat daripada pihak anak saudara Norman.
Dalam hantaran lain, Abby turut menjelaskan semula kisah lama mengenai dirinya yang pernah melahirkan anak di dalam kereta.

Menurut Abby, dia tidak pernah mendakwa dirinya bersalin seorang diri. Sebaliknya, dia menjelaskan Norman kebetulan pulang pada hari dia sakit hendak bersalin dan membawa kereta ke klinik.

Jelas Abby lagi, ketika kejadian dia berada di kerusi sebelah pemandu dan mendakwa bayi tersebut keluar sendiri sebelum mereka sampai ke klinik.
Kan tulis pak cik kau yang dah lama tak balik rumah masa tu, kebetulan balik hari sakit nak bersalin tu. Jadi bila sakit tu, dialah bawa kereta. Tapi aku duduk sebelah tu, sakit teran sendiri & baby tu keluar sendiri je. Ada je gambar atas kerusi sebelah driver sampai klinik gitulah jugak kedudukannya. Cerita sambut dulu tu nak credit je masa dulu-dulu!
Abby turut mempersoalkan tindakan individu berkenaan yang didakwa cuba mengalihkan isu kepada perkara lain.
Yang kau pusing-pusing ke lain tu pasal apa? Nak spill macam-macam lagi nak burukkan aku tu dah kenapa?? Sibuk orang tuntut nafkah tempat tinggal dengan makan minum je lepas cerai, kau melompat kenapa?
Bukan itu sahaja, Abby turut mendakwa dia pernah melalui pelbagai perkara sebelum ini namun memilih untuk tidak bercerita kepada keluarga pihak bekas suaminya kerana tidak mahu menyusahkan keadaan.
Aku ni pakkal tak mati je. Macam-macam kena dulu. Bawak gi klinik cakap accident, padahal lain ceritanya. Tak pernah pun cerita kat keluarga kau sebab taknak menyusahkan. Tapi sekarang tiba-tiba nak enterframe pulak. Mari sinilah. Datang depan mata. Lama aku simpan ni. Mari!
Dalam masa sama, Abby menegaskan bahawa dia sudah lama berniaga dan mendakwa segala keperluan anak-anak ditanggung menggunakan hasil usahanya sendiri.
Ps: Lagi satu nak bagitau aku meniaga lama dah ngek! Aku tanggung makan minum tempat tinggal anak-anak pakcik kau ni semua dengan duit aku meniaga tau! Jadi takyahla nak tuduh aku dengki ke apa dengan pakcik kau! Aku tak heranlah!! Tak kaya pun. Takpe.. janji aku tak minta sedekah dekat keluarga kauuu!! Jangan berlebih-lebih. Kau taktahu apapun! So diam!
Terdahulu, tular di media sosial luahan Abby Abadi yang sebenarnya menanggung derita seorang diri. Luahan menyebabkan orang ramai memberikan pelbagai reaksi berhubung konflik keluarga berkenaan.
Pssttt! Bila isu lama melibatkan bekas pasangan dan keluarga kembali dibangkitkan, memang mudah keadaan jadi panas, lebih-lebih lagi apabila ada pihak luar yang masuk memberi komen.
Kredit: Instagram Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




