Nama pempengaruh Marissa Dania sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia dilihat muncul dalam sesi live menerusi akaun Memey Suhaiza untuk urusan jualan sempena kempen 7.7.
Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi apabila ada yang mempersoalkan tindakannya meneruskan live ketika isu keluarga sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Netizen persoal Marissa buat live di akaun Memey

Menerusi beberapa perkongsian di Threads, ada netizen menyindir Marissa kerana dikatakan tetap membantu perniagaan ibu tirinya walaupun sedang terpalit dengan kecaman orang ramai.

Seorang pengguna turut mendakwa Marissa kelihatan tidak terkesan dengan isu yang sedang berlaku kerana masih meneruskan sesi live seperti biasa.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan tindakan itu kurang sesuai memandangkan isu berkenaan sedang panas diperkatakan.
Marissa balas teguran netizen
Tidak berdiam diri, Marissa tampil membalas beberapa teguran netizen berhubung isu tersebut.

Menurut Marissa, kehadirannya dalam sesi live itu adalah atas urusan kerja dan bukan bermaksud dia mahu mencampur adukkan hal peribadi dengan urusan profesional.
Marissa juga menjelaskan bahawa kempen jualan 7.7 itu bukan sesuatu yang dibuat secara tiba-tiba, sebaliknya sudah dirancang lebih awal.
Dalam balasan lain, Marissa sekali lagi menegaskan supaya orang ramai tidak mencampurkan hal kerja dengan isu peribadi.
“Masa saya promote tak nampak”

Marissa turut membalas dakwaan yang seolah-olah mempertikaikan usahanya sebelum ini.

Menurutnya, ketika dia membantu promosi, membuat live atau menghasilkan content, perkara itu tidak pula dipandang oleh orang ramai.
Pssttt! Apa pun, dalam situasi sebegini, semua pihak perlu lebih berhati-hati sebelum membuat andaian. Netizen pun sebaiknya elakkan menyerang keterlaluan, manakala individu terlibat pula perlu bijak membaca keadaan supaya perkara kecil tidak menjadi lebih besar.
Kredit: Thread Marissa Dania
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




