Vancouver: Switzerland terpaksa melakukan rombakan menjelang aksi 16 terakhir Piala Dunia menentang Colombia apabila penyerang, Johan Manzambi disahkan tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.
Jurulatih Switzerland, Murat Yakin terpaksa mengubah perancangannya selepas Manzambi mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan pada Isnin.
Manzambi dilihat berada di tepi padang dengan memakai pendakap pada lutut kirinya, sekali gus mengesahkan kebimbangannya tidak dapat beraksi.
Selain Manzambi, Ruben Vargas turut diketepikan dan tempat mereka digantikan Ardon Jashari serta Fabian Rieder.
Switzerland juga tidak dapat menggunakan khidmat Michel Aebischer dan Luca Jaquez yang mengalami kecederaan otot.
Sementara itu, Colombia membuat satu perubahan berbanding kesebelasan utama ketika menentang Ghana dengan Luis Suarez mengambil tempat Jhon Cordoba.
Kesebelasan utama Switzerland:Gregor Kobel; Nico Elvedi, Manuel Akanji, Ricardo Rodriguez; Denis Zakaria, Remo Freuler, Granit Xhaka, Ardon Jashari, Fabian Rieder; Breel Embolo, Dan Ndoye.
Kesebelasan utama Switzerland:Camilo Vargas; Daniel Munoz, Jhon Lucumi, Gustavo Puerta, Johan Mojica, Davinson Sanchez; James Rodriguez, Jhon Arias, Jefferson Lerma; Luis Diaz, Luis Suarez.
© New Straits Times Press (M) Bhd




