mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Raja Chulan, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pelakon wanita itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Harian Metro semalam melaporkan pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal ditahan selepas disyaki positif dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara.
Serbuan Op Noda itu dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 3.15 pagi.
Menurut sumber, pelakon wanita itu yang juga pernah menyertai rancangan realiti nyanyian ditahan di dalam salah satu bilik VIP bersama beberapa individu lain.
Ujian saringan awal ke atas pelakon berusia 40 tahun terbabit mendapati dia positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin.
© New Straits Times Press (M) Bhd




