Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza Sheikh Mohamad, mencuri perhatian apabila menitipkan ucapan ulang tahun penuh emosi buat cucunya, Ayden Adrean.
Bertemu semula di akhirat
Foto: Janaan AI
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Hafiza mendedahkan bahawa keluarga mereka tidak pernah melupakan Ayden walaupun sudah lama tidak dapat bertemu dengannya.
“Masya-Allah, satu tahun lagi telah berlalu. Selamat hari lahir buat cucu kesayangan Umi Wan. Umi Wan, Tok Ayah, Daddy dan makcik-makcik tidak pernah melupakan Ayden,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Hafiza turut berkongsi gambar tangkap layar memperlihatkan panggilan video bersama Ayden, yang disifatkannya sebagai kenangan yang disimpan dengan penuh kasih sayang sejak tiga tahun lalu.
“Ini adalah gambar dan video terakhir kami bersama Ayden sejak tiga tahun lalu dan saya menyimpannya dengan penuh kasih sayang,” ujarnya.

Selain berkongsi kenangan itu, Hafiza turut menitipkan doa agar cucunya sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan serta membesar sebagai anak yang beriman dan soleh.
“Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh. Semoga Ayden membesar dengan iman dan takwa kepada Allah serta menjadi anak yang soleh dan khalifah yang terhebat,” kongsinya.
Artikel lain: Bella Astillah sayu, dedah Ayden dipanggil ‘anak yatim’ di sekolah
Mengakhiri perkongsiannya, Hafiza meluahkan harapan agar mereka dipertemukan semula, sama ada di dunia mahupun di akhirat sekiranya itu adalah ketentuan Allah SWT.
“Jika kita tidak dapat bertemu lagi di dunia ini, insya-Allah kita akan bertemu semula di akhirat dengan rahmat Allah. Amin. Kami semua menyayangi Ayden kerana Allah. Alhamdulillah,” tambahnya lagi.
Sumber: Instagram fizaaziz




