Selamat hari lahir ke-101 Tun M

Selamat hari lahir ke-101 Tun M

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-101 hari ini.

Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pula akan menyambut hari lahir ke-100 pada 12 Julai ini.

Bahtera perkahwinan kini mencecah 70 tahun, pasangan itu memiliki tujuh anak, iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri yang keempat pada 16 Julai 1981 iaitu paling lama mentadbir negara iaitu selama 22 tahun.

Antara projek mega yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Wawasan 2020 pula merupakan cetusan hasrat beliau iaitu visi negara untuk mencapai status ekonomi maju pada tahun 2020.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia

Pada 2018, setelah gabungan politik beliau memenangi pilihan raya ke-14 (PRU14), Dr Mahathir dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri yang ketujuh.

Meskipun beliau kini telah bersara daripada dunia politik, negarawan itu masih aktif memberikan pandangan dan kritikan sama ada menerusi tulisan dan program bual bicara.

Awal tahun ini, beliau dimasukkan je Institut Jantung Negara (IJN) akibat patah tulang pinggul kanan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan

Beliau kini menjalani proses pemulihan dan terbaru, bapa pemodenan negara itu sempat meluangkan masa menyantuni rakyat di Langkawi.

 

 

Scroll to Top