11 pemain berisiko di gantung

11 pemain berisiko di gantung

Los Angeles: Debaran Piala Dunia FIFA 2026 kini semakin memuncak dengan hanya lapan pasukan terbaik yang tinggal untuk merebut slot ke peringkat separuh akhir.

Saingan suku akhir yang sudah membuka tirainya menyaksikan pertembungan ulangan separuh akhir 2022 antara Perancis dan Maghribi dengan dimenangi Perancis 2-0, sebelum diikuti oleh baki enam pasukan lain.

Bagaimanapun, di sebalik keghairahan memburu kemenangan, satu isu ‘sekatan’ kini menghantui beberapa kem pasukan gergasi.

Seramai 11 pemain bintang kini dilaporkan berada dalam situasi bahaya dan berisiko terlepas aksi separuh akhir sekiranya mereka dilayangkan kad kuning dalam perlawanan suku akhir nanti.

Mengikut peraturan FIFA, semua rekod kad kuning dipadamkan pada permulaan pusingan kalah mati.

Namun, peraturan itu tidak akan dikemas kini semula sehingga tamatnya pusingan suku akhir.

Ini bermakna, sebarang kutipan kad kuning dalam fasa ini akan dikira sebagai penggantungan automatik untuk perlawanan seterusnya jika pasukan mereka mara.

England menjadi antara pasukan yang berada dalam situasi paling meruncing apabila barisan tonggak utama mereka kini ‘berada di hujung tanduk’.

Kem The Three Lions berdepan tamparan hebat apabila pemain perancang utama, Jude Bellingham, dan pemain tengah, Declan Rice, antara yang berada dalam senarai berisiko.

Berikut adalah senarai penuh 17 pemain yang wajib mengelak daripada melakukan kekasaran mudah pada aksi suku akhir

*England – Jude Bellingham, Declan Rice, Marc Guehi, Nico O’Reilly

*Switzerland – Granit Xhaka, Denis Zakaria, Miro Muheim

*Argentina – Gonzalo Montiel

*Sepanyol – Ferran Torres

*Norway – Antonio Nusa

*Belgium – Brandon Mechele

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top