Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru orang Melayu supaya mengetepikan perbezaan parti politik dan mengutamakan kepentingan bangsa demi menjamin masa depan orang Melayu serta negara.
Parti politik semata-mata tak mampu selamatkan orang Melayu
Menerusi satu hantaran di media sosial bertajuk ‘Masa Depan Tanah Melayu’, Tun M berpandangan bahawa parti politik semata-mata tidak mampu menyelamatkan orang Melayu sekiranya masyarakat terus berpecah kerana fahaman politik.
“Yang perlu diambil berat oleh orang Melayu ialah, parti sendiri tidak boleh selamat orang Melayu dan Tanah Melayu,” katanya.
Tepikan kesetiaan parti ketika buat pilihan
Menurut beliau lagi, orang Melayu perlu melihat kepentingan yang lebih besar dengan mengenepikan kesetiaan kepada parti ketika membuat pilihan politik.
“Hanya dengan mengenepi parti dan undi sebagai orang Melayu, barulah orang Melayu dan negara mereka akan selamat,” tambahnya.
![]()
Foto: The Office of Tun Dr Mahathir Mohamad
Hantaran ringkas itu dipercayai dibuat susulan suasana politik negara terus hangat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ia sekali gus mengundang perhatian ramai mengenai mesej yang dibawakan bekas Perdana Menteri itu berhubung perpaduan orang Melayu.
Sumber: Facebook Dr. Mahathir Mohamad




