Apakah hukum minta sedekah, infak daripada orang ramai?

Apakah hukum minta sedekah, infak daripada orang ramai?

Soalan

Apakah hukum meminta sedekah atau infak daripada orang ramai? Apakah Islam membenarkan perbuatan meminta-minta ini?

Jawapan

Hukum meminta sedekah atau infak boleh dikategorikan kepada tiga iaitu makruh, haram dan harus.

1 – Makruh apabila anak dan isteri kelaparan dan tiada wang untuk membeli makanan.

Ia dihukumkan sebagai makruh untuk meminta sedekah. Ini kerana syariat lebih menyukai apabila kita berusaha terlebih dahulu sebelum meminta daripada orang lain.

2 – Haram meminta sedekah apabila dia mempunyai wang yang cukup untuk keperluannya.

3 – Harus meminta sumbangan bukan untuk keperluan dirinya seperti sumbangan untuk pembangunan surau, masjid, tandas, kegunaan orang ramai dan sebagainya.

Scroll to Top