am@hmetro.com.my
Sekinchan: Penduduk daerah ini gempar susulan kejadian puting beliung yang melanda kawasan berkenaan tadi.
Beberapa video yang tular di media sosial mendapati bencana itu dipercayai berlaku di Tail Air 4 dan lokasi tumpuan pelancongan berhampiran Terminal Sekinchan.
Dalam video itu kelihatan orang ramai menyaksikan kejadian berkenaan sambil merakam pergerakan puting beliung itu yang melanda kawasan sawah padi.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya belum mendapat maklumat berhubung kejadian itu/.
Untuk rekod, media pada 6 Mac tahun lalu melaporkan sebanyak lapan rumah mengalami kerosakan teruk akibat puting beliung yang melanda kawasan Parit 4.
Bencana ketika hujan lebat itu turut meranapkan deretan kedai, rumah inap desa dan bengkel jentera penanaman padi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




