Oh! Negara
Anwar Ibrahim berkata kerajaan masih ada mandat dan belum perlu bubar Parlimen dalam masa terdekat.
Keputusan untuk bubar Parlimen nampaknya belum ada dalam perancangan kerajaan buat masa ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan masih mempunyai mandat untuk meneruskan pentadbiran negara.
Menurut laporan Kosmo! Online, PMX menjelaskan tumpuan kerajaan sekarang adalah memastikan politik negara kekal stabil dan ekonomi terus bergerak, lebih-lebih lagi ketika dunia masih berdepan pelbagai ketidaktentuan.
Anwar Ibrahim mahu fokus kepada kestabilan

PMX berkata rakyat ketika ini mahu melihat kerajaan memberi perhatian kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi, bukan hanya terperangkap dengan persaingan politik sepanjang masa.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan masih ada mandat yang diberikan rakyat, jadi ruang itu perlu digunakan untuk mentadbir negara dengan baik sebelum tiba waktu pilihan raya nanti.

Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan, rakyat juga mahu ekonomi berkembang dan rakyat pun mahu jangan kita hanya berpolitik sepanjang masa. Bagilah masa, kita ada mandat. Sampai pilihan raya, bertempurlah pula.- Katanya.
PMX berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid dari PN-Hulu Terengganu mengenai kemungkinan kerajaan membubarkan Parlimen bagi mendapatkan mandat baharu dalam masa terdekat.
Kongsikan artikel ini
Kongsi dengan rakan anda melalui platform pilihan.
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




