ARLINGTON, Amerika Syarikat: Perancis menurunkan semula Bradley Barcola di bahagian serangan dan Aurelien Tchouameni di bahagian tengah bagi aksi separuh akhir Piala Dunia menentang Sepanyol, sebentar lagi.
Jurulatih Perancis, Didier Deschamps membuat dua perubahan penting apabila menyenaraikan Barcola dalam kesebelasan utama manakala Luis de la Fuente mengekalkan barisan sama yang digunakan Sepanyol sebelum ini.
Desire Doue yang beraksi pada perlawanan terdahulu memulakan aksi di bangku simpanan.
Barcola akan bergandingan dengan Ousmane Dembele, Michael Olise dan kapten Kylian Mbappe di jentera serangan Les Bleus.
Tchouameni pula kembali sesudah terlepas dua perlawanan terakhir susulan kecederaan dan akan membentuk gandingan tengah bersama Adrien Rabiot.
Sepanyol pula mengekalkan Fabian Ruiz di bahagian tengah bersama Rodri dan Dani Olmo, manakala Pedri sekali lagi memulakan aksi sebagai pemain simpanan.
Alex Baena diberikan kepercayaan mengisi bahagian serangan bersama Lamine Yamal dan Mikel Oyarzabal.
Pemenang perlawanan itu akan bertemu Argentina atau England pada final Piala Dunia.
KESEBELASAN UTAMA
Perancis: Mike Maignan; Jules Kounde, Dayot Upamecano, William Saliba, Lucas Digne; Aurelien Tchouameni, Adrien Rabiot; Ousmane Dembele, Michael Olise, Bradley Barcola; Kylian Mbappe (kapten).
Sepanyol: Unai Simon; Pedro Porro, Pau Cubarsi, Aymeric Laporte, Marc Cucurella; Rodri (kapten), Fabian Ruiz, Dani Olmo; Lamine Yamal, Alex Baena, Mikel Oyarzabal.
© New Straits Times Press (M) Bhd




