Asnaf Tinggal Dalam Khemah Kantoi Ambil Dadah, Lari Bila Didatangi Zakat Selangor

Asnaf Tinggal Dalam Khemah Kantoi Ambil Dadah, Lari Bila Didatangi Zakat Selangor

Oh! Tidak

Asnaf tinggal di kebun sawit ditahan selepas kantoi ambil dadah.

Hasrat murni pasukan Zakat Selangor untuk menyantuni seorang wanita saudara baharu yang hidup dalam keadaan daif bertukar menjadi penemuan tidak disangka apabila beberapa barangan terlarang ditemui di lokasi.

Menerusi perkongsian Lembaga Zakat Selangor, Skuad Saidina Umar menerima maklumat daripada Pusat Perlindungan Mualaf Baitul Salam mengenai wanita berkenaan yang dikatakan tinggal bersama beberapa individu lain di sebuah kebun sawit.

Tinggal dalam khemah tanpa air dan elektrik

Berdasarkan aduan bergambar yang diterima, pihak Zakat Selangor berjaya mengenal pasti lokasi mereka di sebuah kebun sawit.

Maklumat awal mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dan tinggal di dalam khemah tanpa bekalan air serta elektrik.

Asnaf 1

Bagi menyantuni mereka dan mengenal pasti permasalahan sebenar, satu pasukan operasi telah digerakkan selepas solat Isyak.

Operasi itu turut dibantu Operasi Agihan Daerah Kuala Langat, pihak masjid dan wakil kampung.

Pusat zakat mahu buat kunjungan, tapi jumpa dadah

Asnaf 2

Namun, sebaik sahaja pasukan tiba di lokasi, semua individu terbabit dilaporkan melarikan diri dan bersembunyi di sekitar kawasan gelap ladang kelapa sawit.

Menurut Zakat Selangor, pasukan mereka mengambil masa lebih 30 minit untuk memujuk individu terbabit supaya memberikan kerjasama.

Ketika pemeriksaan dilakukan di kawasan khemah, pasukan operasi menemui beberapa barangan terlarang.

Asnaf 3

Susulan penemuan itu, operasi kemudian ditamatkan kerana perkara berkenaan berada di luar bidang kuasa Zakat Selangor sebagai agensi yang menawarkan bantuan kebajikan.

Pihak Zakat Selangor kemudian bergegas ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa.

Menurut perkongsian sama, pasukan narkotik yang tiba di lokasi mengesahkan semua individu terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top