Rangka T-Rex terbesar di dunia berusia 67 juta tahun dijual RM203.9 juta

Rangka T-Rex terbesar di dunia berusia 67 juta tahun dijual RM203.9 juta

NEW YORK – Rangka Tyrannosaurus rex berusia kira-kira 67 juta tahun dijual pada harga US$50.1 juta (RM203.9 juta) dalam lelongan Sotheby’s di New York pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Rangka yang dinamakan “Gus” itu terjual selepas kira-kira 10 minit sesi bidaan yang melibatkan tujuh pembida. Sotheby’s tidak mendedahkan identiti pembeli.

Fosil yang digali di Dakota Selatan, Amerika Syarikat (AS) itu merupakan antara rangka Tyrannosaurus rex terbesar dan paling lengkap pernah ditemukan, menurut Sotheby’s.

Rekod lelongan terdahulu bagi rangka dinosaur dicatatkan oleh rangka Stegosaurus yang dijual pada harga hampir US$45 juta di New York pada 2024.

Rangka dinosaur dan fosil haiwan prasejarah meraih harga jutaan dolar dalam lelongan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun ramai pakar mengkritik penjualan spesimen yang penting kepada penyelidikan saintifik.- Bernama-dpa

Scroll to Top