Bila anak masih muda sudah mula melangkah ke dunia universiti, perasaan seorang ibu pastinya bercampur-baur antara bangga, terharu dan risau.
Itulah yang sedang dirasai bekas isteri Aziz M. Osman iaitu Puteri Lily Lokman apabila anak sulungnya, Ara Aziz, bakal menyambung pengajian peringkat asasi di Manipal University College Malaysia pada usia 15 tahun.
Puteri Lily gementar lepaskan Ara sambung belajar
Memetik laporan mStar, Ara dijadualkan memulakan pengajian pada 23 Julai ini selepas menamatkan peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) tahun lalu.

Walaupun bangga melihat pencapaian anaknya, Lily tidak menafikan perasaan gementar tetap ada apabila perlu melepaskan Ara memulakan perjalanan baharu dalam dunia pendidikan pada usia yang masih muda.
Sejak kecil dia memang suka sains. Dia bercita-cita mendalami bidang neurologi, namun saya beritahu belajar yang asas terlebih dahulu. Mungkin sepanjang belajar nanti dia akan minat bidang lain.
Menurut Lily, Ara akan mengikuti program asasi selama setahun sebelum menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.

Walaupun anaknya menyimpan impian untuk menjadi pakar bedah otak, Lily memilih untuk tidak terlalu menekan Ara dan mahu anaknya melalui proses pembelajaran itu satu demi satu.
Dalam masa sama, Lily berkata dia sememangnya memberi perhatian besar terhadap pendidikan Ara sejak anaknya itu masih kecil.
Lily bagaimanapun tidak mahu kejayaan Ara terlalu cepat dikaitkan dengan label genius atau gifted.
Baginya, apa yang dicapai Ara hari ini banyak dibentuk melalui disiplin, latihan dan rutin belajar yang sudah dibiasakan sejak kecil.
Bukan sebab gifted atau apa. Alhamdulillah kalau itu ada, tapi saya tak pernah jalankan ujian IQ pada dia sebab takut jadi riak atau apa kerana perjalanan dia masih jauh lagi.
Tambah Lily, dari kecil memang Ara sudah dibiasakan dengan rutin belajar. Setiap hujung minggu ada tugasan seperti mencari perkataan baharu dalam kamus dan membina ayat.
Jika tidak belajar, Ara sendiri yang akan berasa pelik dan mula membuka buku.
Terdahulu, Ara dan Aziz M. Osman menarik diri daripada program Talk To My Manager (TTMM) untuk memberi fokus pada pelajarannya dan mengelakkan masalah komitmen masa.
Menurut Aziz, keputusan itu dibuat selepas berbincang bersama keluarga termasuk bekas isteri kerana mendapati mereka berdepan masalah membahagikan masa antara komitmen kerja, pelajaran dan tanggungjawab lain.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




