‘Kami tak menang kerusi pun tak apa, asal BN menang’ – Shahidan

‘Kami tak menang kerusi pun tak apa, asal BN menang’ – Shahidan

KUALA LUMPUR – Pas jujur menyokong calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi yang tidak ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 lalu.

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, perkara itu telah ditegaskan sejak awal.

“Kami dengan tegas jujur kami sebut menyokong BN di mana Pas tidak bertanding. Itu sumbangan kami.

“Kami tak menang kerusi tak apa asalkan BN menang. Bukan PH menang,” katanya ketika di Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Pada 11 Julai lalu, BN mencatatkan kemenangan besar apabila menang 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingkan pada PRN Johor.

PH pula menang lapan daripada 56 kerusi ditandingi, manakala PN dan Pas tidak memenangi mana-mana kerusi.

Mengulas lanjut, Shahidan yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis III mendakwa PH kini sudah ditolak dan ia dibuktikan dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

“PH kalah dengan teruk. Ditolak di Sabah. Jadi di Negeri Sembilan Insya-ALLAH kita berdoa ditolak dan ditolak di slwuruh Malaysia,” katanya.

Scroll to Top