“Baru Keluar Gua Ke?” – Akmal Saleh Bidas Pihak Desak Hantar Surat Letak Jawatan

“Baru Keluar Gua Ke?” – Akmal Saleh Bidas Pihak Desak Hantar Surat Letak Jawatan

Oh! Negara

Akmal Saleh letak jawatan Exco Melaka sejak Januari lalu, namun dakwa tidak diperkenankan TYT Melaka.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh tampil menjelaskan isu peletakan jawatannya sebagai Exco Melaka yang kembali menjadi bahan sindiran pihak tertentu.

Menurut Akmal, dia sebenarnya sudah menghantar surat peletakan jawatan sejak Januari lalu, namun mendakwa perkara itu tidak diperkenankan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Akmal Saleh sudah lama hantar surat letak jawatan

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, Akmal berkata dua surat peletakan jawatan telah dihantar pada 19 Januari lalu. Surat itu katanya masing-masing dihantar kepada Tun Mohd Ali dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Tapi tak diperkenankan TYT, jadi dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Melaka kalau tak diperkenan dengan TYT kamu nak buat apa.- Katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Ketua DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mempersoalkan kenapa Akmal masih memegang jawatan Exco walaupun sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk berundur.

Akmal kemudian membalas sindiran itu dengan menegaskan dia sudah pun mengambil langkah tersebut lebih awal.

Akmal turut sindir Nga Kor Ming

Dalam video sama, Akmal turut menyentuh isu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming susulan perkembangan politik semasa.

Dia mempersoalkan sama ada Nga sudah menyediakan surat peletakan jawatan seperti yang menjadi perbualan sebelum ini.

Tanya you punya bos. Ini orang, Nga Kor Ming surat (letak jawatan) sudah buatkah? Sudah tak beranikah letak jawatan? Kalau tak berani, jangan sembanglah.- Soalnya

Akmal turut mengkritik keputusan DAP Melaka keluar daripada kerajaan negeri susulan isu penggubalan undang-undang baharu berkaitan pelantikan anggota Dewan Undangan Negeri.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top