Satu insiden pergaduhan membabitkan beberapa pelajar menjadi perhatian selepas rakaman berdurasi 27 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Memetik laporan Sinar Harian, kes itu dipercayai berpunca daripada salah faham berkaitan dakwaan penyebaran kandungan tidak senonoh berunsur seksual yang disunting menggunakan teknologi AI.
Video bergaduh tersebar

Susulan kejadian itu, lapan pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun direman selama dua hari bagi membantu siasatan polis.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.
Berdasarkan keterangan kes, pihak polis menerima maklumat mengenai video pergaduhan membabitkan beberapa pelajar dan seorang lelaki.
Pergaduhan dilaporkan berlaku di kawasan kedai Batu 5, Jalan Apas, Tawau Sabah di mana lelaki tersebut menggunakan topi keledar sebagai senjata.
Siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus disebabkan video AI yang disunting menggunakan wajah dua individu sebelum dikatakan tersebar di media sosial.
Namun, hasil siasatan lanjut polis mendapati tiada sebarang video suntingan AI seperti yang didakwa ditemui di mana-mana platform media sosial.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




