LATEST

Lelaki dengan enam rekod jenayah ditahan dalam operasi dadah di Kudat

Lelaki dengan enam rekod jenayah ditahan dalam operasi dadah di Kudat

am@hmetro.com.my

Baca juga: Pergaduhan dikaitkan Dvalishvili, Nurmagomedov, 10 ditahan

Kudat: Polis menahan seorang lelaki dengan enam rekod jenayah termasuk berkaitan dadah dalam operasi membanteras dadah di Kampung Lodung, di sini, hari ini.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an yang didapati positif dadah itu turut membawa kepada penemuan sembilan paket plastik lut sinar mengandungi hablur kristal disyaki syabu seberat 51.06 gram disyaki bagi tujuan pengedaran.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, kira-kira jam 2 petang.

Katanya, selain dadah, polis turut merampas sebuah bekas plastik lut sinar, satu beg kecil berwarna hitam dan sebatang straw lut sinar berwarna kuning yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Nilai rampasan dadah berkenaan dianggarkan RM5,100,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Haris berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan lanjut mendapati lelaki terbabit mempunyai enam rekod kesalahan jenayah lampau termasuk tiga rekod berkaitan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan permohonan reman selama tujuh hari sudah dibuat terhadap suspek bagi membantu siasatan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news