LATEST
Social Media

PM Anwar belum terima surat letak jawatan Loke, mahu runding semula

PM Anwar belum terima surat letak jawatan Loke, mahu runding semula

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan meskipun pemimpin itu sudah mengumumkan keputusan berkenaan sebelum ini.

Perlu ada perbincangan semula

Memetik laporan daripada Berita Harian, Anwar menyatakan beliau mahu mengadakan perbincangan semula dengan Ahli Parlimen Seremban itu sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.

Baca juga: Identiti kampung Melayu mahu dipelihara, DBKL teliti pengezonan Sungai Penchala

“Saya belum terima peletakan jawatan Anthony Loke. Hendak cuti kejap ok, tapi hendak letak jawatan kena runding semula,” katanya pada ceramah Grand Finale Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.

Pada masa sama, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, tiada sebab untuk mana-mana menteri yang menjalankan tugas dengan bersih dan amanah meletakkan jawatan.

Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid)

More in Social Media

View all

Latest news