LATEST

Suspek tetak tangan polis miliki pasport tamat tempoh sejak 2020

Suspek tetak tangan polis miliki pasport tamat tempoh sejak 2020

am@hmetro.com.my

Baca juga: ‘Ahmad Zahid, UMNO-BN berundurlah dari Kerajaan Madani secara sukarela’ – Mahfuz

Kuala Lumpur: Lelaki warga asing yang maut ditembak selepas menetak tangan anggota polis hingga putus di Kepong, semalam, didapati memiliki pasport yang tamat tempoh sejak 2020.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata semakan mendapati lelaki berusia 32 tahun itu pernah memegang pas pelajar dari 2015 hingga 2018.

“Pasport lelaki itu tamat tempoh sejak 2020 dan dia berada di negara ini secara tidak sah.

“Sebelum itu, suspek pernah memegang pas pelajar dari 2015 hingga 2018,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam semalam, Lans Koperal Thierry Rodger Pendy, 26, putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan dua bilah parang di sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri, Kepong.

Suspek kemudian melarikan diri sebelum dikesan polis berhampiran sebuah taman permainan dan ditembak selepas sekali lagi menyerang anggota polis menggunakan parang ketika cuba ditahan.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Selayang.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, hari ini mengesahkan pembedahan menyambung semula pergelangan tangan kanan Thierry di Hospital Kuala Lumpur berjaya disempurnakan selepas prosedur selama lapan jam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news