Faenza: Liam Lawson dari New Zealand dan Arvid Lindblad dari Britain akan terus bersama Racing Bulls bagi saingan Formula Satu (F1) musim depan, umum pasukan milik Red Bull itu.
Baca juga: Lori terbabas, muatan anak ikan bertaburan di jalan
Pengumuman berkenaan sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan Lawson bersama pasukan itu selepas kedudukannya sebelum ini dilihat belum terjamin.
Prinsipal pasukan, Alan Permane berkata, gabungan pengalaman dan cita-cita tinggi kedua-dua pelumba itu menjadi faktor utama pemilihan barisan pemandu bagi musim depan.
“Saya tidak meragui bahawa ini adalah barisan pemandu terbaik untuk kami, dengan gabungan pengalaman dan cita-cita yang kuat,” katanya dalam satu kenyataan.
Lawson setakat ini menyumbang 75 daripada keseluruhan 114 mata diraih Racing Bulls selepas 20 perlumbaan musim ini, sekali gus membantu pasukan itu menduduki tangga kelima keseluruhan.
Bagaimanapun, kedudukannya sebelum ini menjadi tanda tanya apabila pelumba pembangunan dari Bulgaria, Nikola Tsolov, 19, turut dikaitkan dengan kerusi berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd