WASHINGTON: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian tembakan kira-kira 1.6 kilometer di utara Rumah Putih pada awal Khamis, lapor Xinhua yang memetik media Amerika Syarikat (AS).
Jabatan Polis Metropolitan (MPD), agensi penguatkuasaan undang-undang utama bagi Daerah Columbia, menerusi hantaran di platform X pada pagi Khamis memaklumkan bahawa polis berada di lokasi kejadian melibatkan “penembak aktif” berhampiran persimpangan 15th Street dan P Street Northwest, sambil menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan itu.
Baca juga: Bekas Pengarah UKMShape didakwa lagi, kali ini 21 tuduhan ubah wang haram RM1.55 juta
Sebahagian besar kawasan berkenaan serta jalan berhampiran telah dikepung.
Menurut laporan NBC4 Washington yang memetik sumber penguatkuasaan undang-undang persekutuan, penembak itu berkurung di tingkat atas sebuah bangunan pangsapuri yang terletak di atas gimnasium tempat kejadian tembakan berlaku. – BERNAMA-XINHUA
© New Straits Times Press (M) Bhd