LATEST

‘Yang sakau kamu tak marah, cium tangan lagi’ – PM

‘Yang sakau kamu tak marah, cium tangan lagi’ – PM

am@hmetro.com.my

Baca juga: Anthony kekal dengan pendirian letak jawatan

Alor Gajah: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap segelintir pihak yang terus menyanjung pemimpin dikaitkan dengan penyelewengan, sedangkan kerajaan terpaksa menanggung beban kewangan akibat masalah pengurusan dan kerugian terdahulu.

Perdana Menteri berkata, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh dipertahankan hanya kerana seseorang pemimpin mempunyai pengaruh politik atau berasal daripada kaum tertentu.

“Yang orang sakau, kamu tak marah? Cium tangan pula lagi. Ambil derma pula lagi.

“Jadi yang ini saya hairan juga, apa nak jadi negara kita ini?” katanya ketika berucap pada program Pesta Melaka, Rumah Kita di Taman Melaka Perdana, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut membangkitkan beban kewangan berkaitan FELDA, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Tabung Haji (TH) yang menurutnya masih perlu ditanggung kerajaan.

“Cuba bayangkan, sekarang saya Menteri Kewangan, Perdana Menteri. Tiap tahun RM1 bilion padam hutang FELDA. RM2 bilion, RM3 bilion padam hutang 1MDB. Tabung Haji bayar lagi RM1 bilion,” katanya.

Beliau menegaskan usaha membanteras rasuah mesti dilaksanakan tanpa mengira kedudukan, bangsa atau hubungan politik seseorang.

Menurutnya, pemimpin yang diberikan amanah perlu mengutamakan kebajikan rakyat, bukannya menggunakan kedudukan untuk mengumpul kekayaan peribadi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news