Madrid: Seluruh keluarga diraja Sepanyol akan hadir menyaksikan aksi final Piala Dunia 2026 di New Jersey, Isnin ini, bagi memberi sokongan kepada skuad kebangsaan yang memburu gelaran dunia kedua.
Istana Diraja Sepanyol mengesahkan Raja Felipe VI, Permaisuri Letizia serta dua puteri mereka, Puteri Leonor dan Puteri Sofia akan berada di stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir berkenaan.
Sepanyol mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Perancis 2-0 pada aksi separuh akhir di Texas, sekali gus semakin hampir untuk menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua.
La Roja kini menanti pemenang satu lagi aksi separuh akhir yang menemukan juara bertahan Argentina dengan England.
Sebelum ini, Raja Felipe VI turut hadir menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan di Mexico pada bulan lalu apabila Sepanyol menewaskan Uruguay 1-0.
© New Straits Times Press (M) Bhd




