am@hmetro.com.my
Seremban: Perikatan Nasional (PN) secara rasmi mengumumkan bakal bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, malam ini.
Ia sekali gus melengkapkan jumlah keseluruhan 36 kerusi selepas 11 kerusi kosong susulan pengumuman seramai 25 calon yang dibuat Barisan Nasional (BN) malam Rabu.
Pengumuman calon itu dibuat Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengisytiharan Calon PRN Negeri Sembilan, di sini, malam ini.
Untuk pembahagian kerusi, PAS meletakkan seramai lima calon, Parti Wawasan Negara (WAWASAN) bakal bertanding di empat kerusi, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) masing-masing satu calon.
Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek bakal bertanding untuk merebut semula kerusi itu yang dimenanginya ketika bersama PKR.
Penyandang DUN Gemas, Ridzuan Ahmad yang sebelum ini bersama BERSATU kini akan bertanding menggunakan tiket WAWASAN.
Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden WAWASAN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dan Presiden MIPP, P Punithan.
Berikut adalah senarai calon PN:
PAS
N.05 Serting – Mohd Fairuz Mohd Isa (penyandang)
N.14 Ampangan – Dr Rafie Abd Malek
N.11 Lobak – Dr P Kumar
N.25 Paroi – Kamarul Ridzuan Mohd Zin (penyandang)
N.31 Bagan Pinang – Abd Fatah bin Zakaria (penyandang)
PARTI WAWASAN NEGARA (PWN)
N.04 Klawang – Danni Rais
N.13 Sikamat – Datuk Razali Abu Samah
N.23 Mambau – Eric Michael
N.34 Gemas – Ridzuan Ahmad (penyandang)
GERAKAN
N.21 Bukit Kepayang – Lee Boon Shian
Parti Rakyat India Malaysia (MIPP)
N.30 Lukut – Sathes Kumar Nilameham
© New Straits Times Press (M) Bhd




