PRN N9: SPRM buka bilik gerakan 24 jam

PRN N9: SPRM buka bilik gerakan 24 jam

mhafis@mediaprima.com.my

Seremban: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan akan membuka bilik gerakan khas bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam bermula esok hingga 2 Ogos ini di Pejabat SPRM Negeri Sembilan di Jalan Dato’ Kelana Makmor, Seremban.

Menurutnya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang proses pilihan raya melalui e-mel prn2026.n9@sprm.gov.my.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian pejabat SPRM Negeri Sembilan di 06-762 5446, bilik gerakan di 06-762 0207 atau talian 24 jam/WhatsApp di 011-3700 9038,” katanya.

SPRM turut mengingatkan semua calon, parti politik, penyokong serta mana-mana pihak yang terbabit dalam PRN Negeri Sembilan Ke-16 supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

“Peringatan itu selaras dengan peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top