Hanya kerana suara saya perlahan tidak bermaksud saya biadab – Anzalna Nasir

PETALING JAYA: Pelakon, Anzalna Nasir menegur tindakan seorang individu yang mendakwa dirinya bersikap sombong dan diva ketika berkunjung ke sebuah gim demi meraih publisiti.

Menurut Anzalna, tindakan individu yang dipercayai staf gim tersebut menyebarkan cerita tersebut secara terbuka di ruangan Threads sangat tidak profesional, malah mampu mengundang salah faham.

“Maaf, saya rasa perkara ini sangat tidak profesional. Saya adalah pelanggan anda, dan hanya kerana suara saya perlahan ketika menyebut nama, itu tidak bermaksud saya bercakap dengan kasar atau biadab.

“Tetapi anda pula menggelarkan saya sebagai “diva”? Adakah ini cara anda memasarkan perniagaan? Tempat anda agak bising, jadi saya yakin anda cuma tidak dapat mendengar nama saya dengan jelas,” katanya membalas hantaran individu berkenaan.

Tambah Anzalna, selaku pelanggan di gim berkenaan, tindakan individu tersebut menjaja kisahnya secara terbuka di media sosial sangat tidak beradab.

“Mengeluarkan komen seperti itu terhadap pelanggan sendiri adalah sesuatu yang tidak perlu dan langsung tidak menghormati pelanggan.

“Maaf ya, tetapi jarang saya berjumpa lelaki yang mulutnya seperti ini,” ujarnya.

Terdahulu, seorang lelaki yang dipercayai pekerja di sebuah gim meluahkan rasa kurang senang ketika melayani seorang artis yang disifatkan sombong dan diva di ruangan Threads.

Namun, individu itu turut mengakui artis yang dimaksudkan itu adalah Anzalna sekali gus meraih perhatian netizen lain yang rata-ratanya menafikan aktres itu bersikap demikian.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.

Oleh FATIN NURAIN MUSTAFFA KAMAL

Scroll to Top