“Saya Berimaginasi Suami Ada Di Sebelah Ketika Hakim Baca Keputusan” 

“Saya Berimaginasi Suami Ada Di Sebelah Ketika Hakim Baca Keputusan” 

Datin Seri Zizie Izette bersyukur Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan daripada tiga pertuduhan bersubahat kes rasuah sebanyak RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Bhd pada 11 tahun lalu.

Memetik BH Online, Zizie yang dilihat sebak sebaik saja selesai prosiding mengucapkan terima kasih di atas keputusan hari ini.

BACA: Zizie Izette Terkejut Terima Wang Penghargaan RM2.8 Juta, Tak Maklum Ke Suami

“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih dan bersyukur atas keputusan mahkamah hari ini. Saya hormati keputusan Yang Arif dan berterima kasih kepada mahkamah, pasukan peguam, keluarga serta semua yang mendoakan dan menyokong saya sepanjang proses ini… Terima kasih,” katanya.

Sementara itu, Zizie berkata dia mahu meneruskan kehidupan seperti biasa apatah lagi dirinya kini ibu tunggal kepada lima orang cahaya mata.

“Saya ada lima anak yang saya pikul dan saya adalah ibu tunggal sekarang. Izinkan saya jalani kehidupan saya seperti biasa.Tujuh tahun… Alhamdulillah, keputusan akhir-akhirnya di pihak saya,” katanya.

Dalam pada itu, Zizie turut berimaginasi arwah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berada disisinya ketika keputusan dibacakan.

“Saya harap suami saya bersama saya di sini, hari ini. Saya berimaginasi dia berada di sebelah saya ketika keputusan diucapkan,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top