Ahmad Zahid sokong penambahbaikan skim perkhidmatan pegawai Imigresen

Ahmad Zahid sokong penambahbaikan skim perkhidmatan pegawai Imigresen

CYBERJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan supaya skim perkhidmatan pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia ditambah baik.

Beliau berkata, cadangan yang dikemukakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu wajar diberi perhatian memandangkan Jabatan Imigresen kini memikul tanggungjawab yang semakin besar.

Menurutnya, sebagai individu yang pernah mengendalikan pelbagai isu berkaitan Jabatan Imigresen sebelum ini, beliau memahami keperluan memperkukuh skim perkhidmatan pegawai agensi berkenaan.

“Saya amat bersetuju bahawa permintaan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tadi sewajib dan sewajarnyalah dapat pertimbangan daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan juga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

“Tan Sri KSN, Tan Sri KPPA, apalah sudi kiranya diberikan pertimbangan pada hari ini juga permintaan daripada Menteri Dalam Negeri tadi,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Imigresen Ke-104 di Cyberjaya pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

Scroll to Top