GEORGETOWN – Angka kematian akibat feri MV Barima karam di Guyana meningkat kepada 27 orang, manakala puluhan lagi masih hilang, kata Perdana Menteri Guyana Mark Phillips pada Isnin, lapor Xinhua.
Phillips berkata, setakat ini, seramai 69 penumpang berjaya diselamatkan.
MV Barima yang membawa 116 penumpang karam di luar pesisir Guyana pada malam Sabtu selepas mengeluarkan isyarat kecemasan.
Feri itu dilaporkan berlayar dari ibu negara Georgetown ke Port Kaituma di barat laut Guyana.
Menurut platform penjejakan kapal VesselFinder, feri sepanjang 40 meter itu dibina pada 1939. – Bernama



